Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Saturday, November 27, 2010

Peristiwa Pemecatan Sultan Abdul Hamid II

(Sultan Abdul Hamid II)


Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid( 1876 - 1909 )
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan
menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda. Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece. Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat
Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor
yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor
sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor
sudah hilang upaya. Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama–samanya iaitu bon–bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal–hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah, pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad
diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar
diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan. Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar. Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar. Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan
Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham, ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan sistem riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa. Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank
Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac
Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia
dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan
seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.
Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap
masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti
masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.
Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan
tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang
berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga ,undang -undang
tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli
tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah.

Pada tahun 1873 , berlaku "crash 1873" yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata- mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar
hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British. Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada
pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur - ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanah airnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank untuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl
melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan
tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini
kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.
Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu.
Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.
Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya
berlaku atas sebab apapun.."

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Thursday, November 25, 2010

MAMPUKAH TUDM HADAPI ANCAMAN UDARA?

Oleh : Shah Paskal

KITA BUKAN NEGARA YANG TERKUAT, TENTERA UDARA KITA KECIL, TETAPI KITA MENGEMBLENG SETIAP SUMBER KITA DARI TENAGA INSANI SEHINGGALAH KELEBIHAN ALAM KITA

1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri
dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit
perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).

6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.

9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.

11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.

12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.

17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.

18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.

20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.

22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

KEUPAYAAN PESAWAT

24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara dari sudut 1 versus 1 pesawat

25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga pesawat lawannya.

26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri

27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).

28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16 Singapura dan yang terkini, F-15G.

29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar, memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.

30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan impak yang besar.

31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.

32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan dua).

33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi pertempuran udara atau maritim.

34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya 10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im wrong).

PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA JURUTERBANG

35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam dengan menggunakan skil juruterbang tetapi
memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di Beka Valley.

36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat terbang dan sifar pada pihak Israel

37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew mempersiapkan pesawat.

38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30 malahan sejak dari awal 90an lagi,
F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)

39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.

40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara tiba-tiba.

41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.

42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang diterbangkan mereka

43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.

44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.

45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak mahulah mereka terhempas akibat tekanan G
yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura mampu menahan sehingga 9G.

46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan TNI-AU.

PRE EMPTIVE STRIKE

47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).

48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan, minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket Astros milik ATM, bagaimana?

49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira, jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue (CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).

50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.

51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan keperluan pertahanan negara ini

52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D

53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011 hingga 2015).

54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400 pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16 dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40 pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat penyerang/pengebom (attack/strike).

55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).