Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Saturday, May 29, 2010

Facebook Ejen Rantaian Israel?




Posting kali ini sedikit sebanyak akan menguji tahap kesediaan berkorban dan solidariti kita dengan sahabat-sahabat seaqidah kita di seluruh dunia Islam, khususnya di bumi jihad Gaza, Palestin.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

AEPi stands with Israel

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

Salam perjuangan fillah.

sumber: http://layer6.blogspot.com/2010/04/facebook-ejen-rantaian-israel.html

MELAYU??




Melayu kini?? Ia melayu kini tidak sama dengan melayu dahulu. Memetik kata Tun.Mahathir melayu mudah lupa. Jika kita tengok di mana majoriti umat melayu kini berada? Di IPTA ternama?? Sudah pasti nya tidak jika kita lihat di kesemua institut pengajian rata-rata nya di "conquer" oleh orang bukan melayu. Melayu kini di institut pengajian tinggi mempunyai "kuantiti" yang banyak tetapi kurang "kualiti" (Tulisan ini bukan lah untuk mewujudkan isu perkauman tetapi ingin menyedarkan akan masyarakat melayu.) Siapa yang patut di persalahkan?? Pemimpin UMNO? Pemimpin PAS? Pemimpin PKR? Masyarakat melayu sendiri lah yang patut di persalahkan.


Pertama sekali jika kita melihat di sudut ekonomi sudah pasti masyarakat cina yang menguasai nya. Tidak salah jika mengatakan masyarakat cina kini yang sebenarnya memengang ekonomi negara malaysia (saya secara peribadi menghormati dan kagum bangaimana cara orang cina berniaga). Jika kita pergi ke kawasan perindustrian(biasa nya setiap negeri mempunyai kawasan khas untuk perindustrian masing-masing) anda boleh membilang dengan jari kilang-kilang yang di miliki oleh bumiputera. Timbulnya persoalan adakah masyarakat melayu hanya suka makan gaji?? Orang cina(yang saya ketahui)apabila mereka meniaga mereka suka mengambil risiko untuk berjaya dan mengajar anak anak mereka selok belok perniagaan. Mereka tidak malu untuk berniaga dan mereka sudah biasa hidup susah sebab itu mereka berjaya. Mentaliti masyarakat cina dengan melayu jauh berbeza masyarakat cina lebih bersungguh sungguh dalam kerja mereka dan lebih berdisiplin berbanding masyarakat melayu.

Hari semakin hari masyarakat lain ghairah dalam memajukan ekonomi mereka masyarakat melayu entah ke mana. Kira-kira 90 peratus penghuni Pusat Serenti adalah anak Melayu. Seks bebas, peratusan jenayah 'muka depan' seperti rogol, samun dan buang anak yang baru lahir adalah angkara orang Melayu. Majoriti graduan yang menganggur juga Melayu.
Kejayaan orang Melayu hanyalah berputar di arena hiburan. Akademi Fantasia. Malaysian Idol. Semuanya didominasi oleh kaum Melayu. Kaum yang menghuni sebahagian besar Pusat Serenti dan penjara ini menangisi kekalahan artis pujaan mereka di medan perjuangan.
Orang Melayu sanggup menghabiskan masa dan wang demi meletakkan artis pujaan mereka di 'puncak kemegahan orang Melayu'. Kaum yang sering diklasifikasikan sebagai kaum yang malas berfikir ini masih terkinja-kinja mencari arus yang boleh meletakkan mereka di tempat yang dianggap mewah dan gagah.
Orang Melayu meletakkan kayu pengukur buatan sendiri dan berusaha mencapainya. Akhirnya kaum ini berjaya menempa nama di arena hiburan dalam negara, di dalam carta jenayah negara, di dalam carta kemiskinan negara. Nah, inilah kejayaan kita.

Media kaum Melayu menyaran bangsanya menjadi lebih bertamadun, mencintai kejayaan, dan menggalakkan bangsanya lebih banyak berfikir. Namun saranan ini hanya mengisi dua peratus daripada kandungan media itu sendiri. Selebihnya dimuatkan agenda perjuangan asal mereka – hiburan, artis dan gosip.Profesor dan pensyarah di IPT sibuk membincangkan tentang siapa yang boleh menjadi penyelamat bangsa yang makin parah ini. Akhirnya, yang dipilih adalah mereka-mereka yang lahir dari kancah 'kejayaan' ukuran sendiri. Hakikatnya, masyarakat Melayu sekarang tidak ubah seperti masyarakat Arab jahiliyah. Hiburan di mana-dimana, artis menjadi pujaan, korupsi, salahguna kuasa, pergaulan dan seks bebas, bunuh, rogol dan buang anak menjadi agenda harian.

Jikalau dulu Allah telah menghantar kekasihNya untuk memimpin umatnya ke jalan bahagia, Allah tidak akan menghantar lagi nabi untuk memperbaiki masyarakat Melayu. Allah hanya akan menghantar malaikat Israfil untuk meniup sangkakala untuk umat ini.
Bagi mereka yang menghidupkan Islam di dalam dirinya dan menyambung perjuangan nabiNya, Allah telah menjanjikan mereka syurga dan keredhaanNYA. Bagi mereka yang terus di dalam kejahilan, Allah telah janjikan neraka dan kemurkaanNya.

Untuk berubah tidak perlu mengajak orang lain tetapi berubah diri sendiri dahulu kemudian menjadi contoh kepada yang lain. Apa yang kita hendak lakukan letak lah agama islam yang kamil itu di depan~

Renung-renung kan lah

Monday, May 24, 2010

Berat berlebihan panjangkan umur manusia






SELAMA ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal.

Kajian terbitan 28 Januari lalu di dalam Journal of the American Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung.

"Kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda," kata ketua pengkaji di Universiti Australia Barat, Leon Flicker.


KAJIAN mendalam terhadap tahap berat badan perlu diperhalusi mengikut keadaan kesihatan terkini.


Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga Australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan. Australia berada pada kedudukan negara ketiga paling tinggi penghidap obesiti di dunia selepas Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kajian itu memperhalusi berat badan berlebihan dan tahap obesiti berdasarkan indeks jisim tubuh (BMI), ukuran yang mempertimbangkan berat badan dan ketinggian. Empat kategori berat yang digunakan dalam kajian itu termasuklah berat badan kurang, berat badan normal, berat badan berlebihan dan obesiti.

Orang yang memiliki berat badan berlebihan berdepan dengan 13 peratus lebih rendah risiko kematian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

Bagaimanapun, tiada kebaikan ditemui pada mereka yang menghidap obesiti.

Pengkaji juga mendapati pekerjaan yang lebih banyak dilakukan dalam posisi duduk menggandakan risiko kematian bagi wanita dan meningkatkan satu suku risiko bagi lelaki.

Susulan daripada penemuan itu, pengkaji mencadangkan sudah tiba masanya sistem yang menentukan sama ada seseorang itu memiliki berat badan berlebihan dan obesiti dinilai semula.

TAK NAK KEPADA ROKOK~





Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Yakinkan diri
Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
Tumpukan pada hari ini
Sentiada berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Lawan keinginan untuk merokok
Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Yakin boleh~!

Saturday, May 22, 2010

Pembaziran oleh Tun.Dr.Mahathir?

Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'
Salhan K Ahmad
Mei 21, 10
11:51am
Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Wednesday, May 19, 2010

PJJ(Pulau Perhentian)




PJJ kali ini akan diadakan di pulau perhentian.Pulau Perhentian memang tujuan yang harus dikunjungi. Pulau ini terletak 21 km dari pinggir pantai Terengganu dan terbagi dua yaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang diliputi hutan yang bersih, pohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan.
Jeti Kuala Besut merupakan satu satu nya pintu masuk ke Pulau Perhentian. Perkhidmatan boat yang di sedia kan untuk ke pulau perhentian hanya ada pada 9.00 am dan 5.00 pm dan untuk balik ke jeti(Kuala Besut) jadual boat adalah hanya ada pada pukul 8.00 am, 12.00 pm dan 4.00 pm. Perjalanan dengan menggunakan bot laju hanya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke pulau.

Kos dianggarkan untuk PJJ kali ini hanya RM230 ini termasuk lah makan untuk 3 kali sehari, tambang bot, chalet, dan juga snorkeling. Ahli komuniti di nasihatkan supaya membawa air minuman sendiri untuk mengelak sengala kesulitan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan boleh lah hubungi setiausaha I PJJ(Daiy) dan juga setiausaha sulit(Che Pa. Jika ada masalah atau tidak puas hati kemudian hari harap di maaf kan.

baru di lahir kan

blog ini hanya di lahir kan sebarang komen atau idea amat-amat di alukan dan jika ada tersalah info yang di siarkan harap di tegur agar ia tidak menjadi fitnah.

Kerajaan Cuba Halalkan Judi Bola Sepak



Kerajaan kemungkinan mempertimbangkan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,”

katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

“Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,”

katanya.

Sumber : Malaysiakini.com

Ulasan

Judi tetap haram walaupun 0.1% dan sebagai kerajaan Islam adalah wajib mengharamkan sebarang perlaksanaan judi. Alasan keprihatinan terhadap rakyat tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah menggalakkan perlakuan judi.

Alasan yang diberikan oleh Awang Adek bahawa “judi tetap akan berlaku jika dikawal” tidak boleh diterima langsung malah ia seolah-olah cuba menolak hukum Allah secara diam. Perkara haram tetap haram. Jika alasan tersebut digunakan maka kerajaan juga perlu mansuhkan Akta Dadah kerana realitinya “dadah tetap dijual beli walaupun dikawal dengan undang-undang”.