Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Saturday, December 4, 2010

SIAPAKAH YANG MENJAJAH IRAQ DAN AFGHANISTAN?

Hampir kesemua kita tahu bahawa kerajaan Saddam Husein di Iraq dan kerajaan Taliban di Afghanistan dijajah dan diceroboh oleh kaum kafir yang dilaknat Allah s.w.t iaitu Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Persefahaman antara Yahudi-Nasrani untuk menjajah dan menceroboh tanah-tanah Umat Islam amat dimaklumi kerana permusuhan mereka dengan Islam amat jelas.

Namun, telah datang berita yang menggemparkan bersumber daripada BBC dan dilaporkan juga oleh Middle East Online bahawa pihak kerajaan Iran yang merupakan kerajaan Syiah Imamiah menawarkan kepada pihak penjajah kafir British dan Amerika untuk menghentikan serangan mereka (Iran) ke atas tentera penjajah tersebut jika mereka dibenarkan untuk meneruskan program nuklear mereka.

John Sawers, Wakil Khas British ke PBB menyatakan bahawa pihak berkuasa Iran telah mengaku secara peribadi keterlibatan mereka dalam aktiviti pengeboman jalanan di Iraq dan menawarkan jika pihak Barat sanggup membenarkan aktiviti nuklear Iran, serangan ke atas penjajah kafir itu akan dihentikan di Iraq.

Bagaimapun, cadangan yang dibuat dalam satu majlis minum teh di sebuah hotel di London telah ditolak oleh kerajaan British.

Kenyataan Sawers juga menyerbut bahawa pihak Iran juga telah mengadakan rundingan sulit yang sama dengan pihak Paris (Perancis) dan Berlin (Jerman) kemudian ketiga-tiga pihak barat ini telah mengadakan rundingan sesama mereka.

Dalam pada itu, Hillary Mann, bekas Pegawai Khas Presiden Gearge W. Bush menyatakan bahawa usaha menakluk Afghanistan mendapat kerjasama erat pihak Tehran pada 2001. Menurut Mann, pihak Iran telah membekalkan kepada Amerika Syarikat maklumat perisikan untuk memudahkan usaha pengeboman kubu-kubu Taliban.

Mann menyatakan juga bahawa pihak Iran telah menyediakan satu peta kepada pihak U.S menunjukkan tempat-tempat utama untuk dilaksanakan serangan terhadap Taliban.

Kemudian Presiden Iran ketika itu, Muhammad Khatami (yang juga seorang alim Syiah) menawarkan bantuan untuk menggulingkan Saddam Husein kerana menurut Khatami, Saddam Husein juga musuh Iran. Namun, pada 2002 hubungan Iran dan U.S menjadi buruk setelah Presiden U.S ketika itu, George W. Bush menyifatkan Iran sebagai Paksi Kejahatan.

Jadi jelas daripada kenyataan pihak barat yang kafir ini bahawa kaum Syiah masih dengan sikap dan perangai lama mereka semenjak peperangan Salib dahulu iaitu sentiasa sanggup membantu kaum kafir untuk memusnahkan kerajaan Umat Islam dan negara mereka. Maka dengan demikian kita juga dapat melihat sejauh mana al-Ikhwan al-Muslimun begitu berusaha untuk memusnahkan Umat Islam apabila mereka menajdikan Syiah Rafidah ini sebagai saudara kaum muslimin . Wallahua’lam.

Sumber:

http://www.middle-east-online.com/english/?id=30546

http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/750/