Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Tuesday, June 22, 2010

Kredit kad

JENIS-JENIS KAD KREDIT

Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut:

a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.

• Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.

• Antara cirinya yang terpenting :-

1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kpd Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang2nya hasil penggunaan kad.

2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yg telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dgn penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.

3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yg ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebginya.

4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

* Jenis ia adalah yang paling byk tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.

• Ia juga mempunyai byk ciri yang sama dgn yg pertama tadi cuma terdpt beberapa perbezaan utama.

• Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yg diberikan, TETAPI DIBENARKAN UTK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yg diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yg tertangguh ini.

• Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbyk mana yg disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dgn dikenakan peratusan faedah.

• Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 shj asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.

• Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.


KONSEP PENGGUNAAN KAD KREDIT DALAM ISLAM

Kalau suatu masa dahulu, keghairahan untuk membeli belah hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja. Namun sejak kebelakangan ini, kaum lelaki juga tak kurang hebatnya. Yang berbezanya hanya kategori pembelian barang, kalau lelaki lebih kepada barang-barang seperti telefon bimbit, alatan perhiasan kereta, peralatan ICT, wanita pula dengan barang perhiasan diri serta rumah.


Apa yang dibimbangkan adalah jualan murah kembali lagi! Ketika ini orang ramai berpusu-pusu berbelanja di pusat membeli-belah mengambil peluang musim jualan murah yang dijangka berakhir pada awal September. Di samping mendapatkan barang-barang keperluan, ada juga yang berbelanja berlebihan hingga melangkaui kemampuan.

Bagi pemegang kad kredit, mereka menggunakannya secara meluas sehingga kadangkala `terlupa' tentang bil yang perlu dibayar. Penggunaan kad kredit mempunyai pelbagai pendapat. Sesetengah individu yang bijak merancang perbelanjaan bulanan, tentu tidak menghadapi masalah dalam penggunaan kad kredit. Tetapi bagaimana pula halnya dengan individu yang suka dengan gaya hidup mewah dan menggunakan kad kredit untuk mencapai impiannya?

Menurut pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Mohd. Afandi Awang Hamat, individu yang tertarik pada gaya hidup mewah tetapi tidak mampu akan cenderung menggunakan kad kredit dengan rakus. Akhirnya mereka terlibat dengan hutang.

"Mereka mahu bergaya dan nampak mewah tetapi jika mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi, itu akan menggalakkan mereka menggunakan kemudahan kad kredit ke arah yang negatif.Inilah masalah utama yang melanda sebahagian pemegang kad kredit hingga akhirnya mereka muflis kerana dibebani dengan hutang keliling pinggang," jelas beliau.

Secara tidak langsung fenomena ini akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Rasulullah s.a.w. bersabda, "hutang akan menjadikan seseorang berada dalam kesedihan pada waktu malam dan susah hati pada waktu siang."

Berhutang juga menyebabkan institusi kekeluargaan semakin rapuh. Tuntutan untuk memenuhi keperluan utama anak-anak tidak dapat dipenuhi kerana ibu bapa dibebani hutang yang banyak. Masyarakat juga memandang serong terhadap individu yang suka berhutang untuk memiliki kehidupan mewah.


Bagi mereka yang berhutang, apabila mati sebahagian fuqaha menjelaskan bahawa nyawanya tidak diangkat ke langit. Sebaliknya ia tergantung antara langit dan bumi sekalipun mereka mati syahid. Ini menunjukkan bahawa kesan berhutang amat besar dalam hidup seseorang hingga Allah s.w.t. turut melaknat perbuatan mereka.

Dalam Islam, hutang adalah perkara yang tidak digalakkan sebagai mana terkandung dalam beberapa hadis riwayat Bukhari. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dilanda hutang dan kekuasaan orang lain ke atas aku." Baginda juga bersabda, "Kerana jika seseorang itu berhutang, maka apabila bercakap, ia akan berdusta, maka apabila berjanji, ia akan memungkiri."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu mengambil harta orang lain dengan niat untuk membayarnya, kemungkinan Allah s.w.t. memberi kemudahan untuk membayarnya. Sebaliknya, apabila mengambil hutang tetapi tidak mahu membayarnya, maka Allah akan membinasakannya. "

"Rentetan daripada penampilan kad kredit dalam bentuk yang tidak terkawal akhirnya akan membawa kepada dunia hutang. Bahkan mereka tiada kemampuan untuk membayarnya sedikit demi sedikit.

"Akhirnya ada orang mencari jalan untuk tidak membayarnya. Dalam hadis di atas, Allah s.w.t. akan membinasakan sesiapa yang berhutang, maknanya balasannya sama ada namanya akan disenaraihitamkan, pergerakannya tersekat atau menanggung malu," jelas Mohd. Afandi.

Penggunaan kad kredit secara dasarnya terbahagi kepada dua iaitu mengikut syariat dan kaedah konvensional. Berdasarkan fatwa oleh Majmak Fiqh al-Islami, penggunaan kad kredit yang tidak berasaskan syariah iaitu memberi peluang kepada pelanggan untuk bayar dalam tempoh tertentu tanpa dikenakan riba adalah diharuskan dengan syarat hutang dilangsaikan tanpa dikenakan faedah yang tinggi.

Islam membenarkan dimudahkan urusan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w.: "Permudahkan, jangan kamu menyusahkan. " (Riwayat Muslim)

Konsep kad kredit untuk memudahkan orang ramai membayar bil dan membeli dibenarkan dengan syarat tiada unsur-unsur riba.

"Kebiasaannya, orang yang menggunakan kad kredit untuk kemudahannya akan berbelanja mengikut kemampuan. Adalah lebih selamat membawa kad kredit berbanding wang tunai kerana dikhuatiri menjadi mangsa ragut atau rompak.

"Tidak kurang juga ada yang menggunakannya dengan tujuan untuk berhutang sedangkan faedah yang dikenakan pihak bank amat tinggi. Sekiranya tidak mampu mengawal perbelanjaan, elakkan menggunakan kad kredit kerana ia akan mengundang padah pada diri sendiri.


Berbezaan antara yg islam dan konvensional

KREDIT KAD BANK ISLAM

KREDIT KAD KONVENSIONAL

PERLINDUNGAN TAKAFUL -DILUPUSKAN BAKI TERTUNGGAK

PERLINDUNGAN TAKAFUL - TIADA

CAJ PENGELUARAN TUNAI

(SETIAP RM1000) -RM 12

CAJ PENGELUARAN TUNAI (SETIAP RM1000) - RM50

CAJ KEUNTUNGAN BERGANDA-TIADA

CAJ KEUNTUNGAN BERGANDA - ADA

KHAIRAT KEMATIAN - RM1000

KHAIRAT KEMATIAN - TIADA

REBET KEUNTUNGAN - ADA (SEHINGGAN 2.5%)

REBET KEUNTUNGAN - TIADA

MAKSIMUM CAJ -TERDAPAT CAJ MAKSIMUM

MAKSIMUM CAJ - BERTERUSAN

PEMBAYARAN ZAKAT -ADA

PEMBAYARAN ZAKAT - TIADA

PINDAHAN BAKI -RM 6.20 SETIAP PEMINDAHAN

PINDAHAN BAKI - MIN 3%


Oleh: MSyazni Zaki,Sufi Naeif dan WM Izzat


No comments: