Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Thursday, September 9, 2010

Projek Nyamuk GM: Persoalan Kemanusiaan (Bahagian 2)

oleh Ibnuyaacob

Apabila meneliti semula Projek Nyamuk GM ini, maka didapati beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;

Pertikaian 1 : Lokasi Ujian

  1. Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.
  2. Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana disitulah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?
  3. Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia.

Ujian lapangan yang dilakukan di Australi adalah terbaik kerana dilakukan di dalam Green House yang besar dan mempunyai beberapa individu sukarela yang bersedia digigit oleh nyamuk ujian. Projek tersebut di ketuai oleh Prof. Scott O’Neil dari Universiti Quensland.

Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM

  1. Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?
  2. Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
  3. Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.

Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.

“With GM insects — and in particular GM mosquitoes — we are faced with a number of problems that we have very little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”

“We don’t even know, or have sufficient scientific data on, what the potential harm or negative impacts might be.”

Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.

Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat

  • Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.
  • Jangka masa tarikh tutup yang singkat iaitu 4 September 2010 adalah sangat mustahil bagi para pemerhati dan pembaca membuat sedikit kajian lapangan dalam menilai cadangan IMR.

Pandangan Blog

Bersetuju dengan objektif IMR menghapuskan denggi tetapi sokongan mungkin boleh diberi setelah Biosafety menjawab pertikaian-pertikaian di atas.

ShareThis

Tags: ·

8 RESPONSES SO FAR ↓

  • 1mr_smile // Sep 5, 2010 at 9:25 am

    salam sejahtera saudara,mohon penyebaran artikel.untuk menghapuskan nyamuk sebenarnya kerajaan boleh kekalkan alternatif penggunaan penyemburan asap di sekitar rumah.kempen-kempen yg sedia ada sudah cukup bagi rakyat

    bukan melepaskan nyamuk untuk menambahkan lagi penyakit orang awam.Dan tidak pasti apa jenis mutasi akan datang yang akan meningkatkan lagi populasi nyamuk.Sudah cukup dengan denggi mahu tambah lagi penyakit lain.saya percaya salah satu nyamuk tidak mandul.

    mungkin akan datang lagi penyakit selepas h1n1.
    mereka tak siarkan di akhbar kerana sudah sedia maklum rakyat akan memprotes.konspirasi yang akan berterusan sehingga pihak 1 lagi b’puas hati

    wallahualam

No comments: