Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Sunday, April 21, 2013

Misi Menawan Puncak Bukit Tabur 31/03/2013

Pada awal pagi 31/03/2013 bermulah idea untuk mendaki puncak Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati. Pada permulaanya, idea ini hanyalah satu gurauan dari Taba dan ternyata diambil serius oleh kami. Pada pkul 3.00 a.m bertempat di Uptown Danau Kota, segala kelengkapan untuk mendaki telah kami beli.


31/03/2013 05:30
Perjalanan 9 Splasher  Che Pa, Daiy, Jehe, Amir, Anas, Pali, Mat Yie, Taba dan Syibli menuju ke Bukit Tabur bermula,  Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 5 minit kerana rumah kami berada di Taman Permata, tidak jauh dari lokasi Bukit Tabur.


31/03/2013 05:45
Setelah semua kelengkapan diperiksa, Kami memulakan langkah menuju ke puncak Bukit Tabur, pendakian bukit tabur cuma ada satu trek sahaja iaitu naik melaui trek batu dan turun melalui trek kebun. Perjalanan kami dimulakan melalui cekpoint batu bersebelahan dengan pintu pagar Empangan Klang Gate. Keadaan sangat gelap dan sunyi. Perjalan kami dimulakan dengan berhati2 kerana permukaan bukit agak sedikit basah dan melicinkan.



31/03/2013 06:00 a.m
Perjalanan kami berhenti seketika kerana ade group lain yang terdahulu memulakan pendakian ke puncak tercedera, pendakian sangat merbahaya kerana curam yang sangat tinggi, ditambah dengan jalan yang licin dan keadaan yang sangat gelap. Selepas itu kami memulakan kembali pendakian untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.






31/03/2013 06:20 a.m
Kami berhenti di satu tempat yang lapang untuk solat subuh. Peluang ini diambil utk berehat serta memulihkan kembali tenaga sambil menunggu giliran utk bersolat kerana ruang  yang agak sempit.











31/03/2013 06:35 a.m
Setelah semua selesai menunaikan solat subuh, kami memulakan pendakian kerana tidak boleh berada terlalu lama di kawasan itu kerana utk memberi laluan kepada group2 lain menunaikan solat.


31/03/2013 06:50 a.m
Kami tiba di satu kawasan untuk berehat sambil menunggu kawan2 yg lain, pendakian sangat perlahan kerana laluan yang sempit dan curam yang sangat berbahaya,










31/03/2013 07:05 a.m
Keadaan sudah pun cerah, namun pendakian diteruskan untuk sampai ke puncak bukit tabur sebelum matahari terbit.














31/03/2013 07:15 a.m
3 Splasher terawal sampai di puncak Bukit Tabur ialah Amir, Che Pa dan Syibli. Ternyata kelegaan dihati kerana matahari belum menunjukkan 'wajah'nya lagi.




31/03/2013 07:21 a.m
Antara aktiviti sementara menunggu matahari terbit dan rakan2 lain tiba di puncak
















31/03/2013 07:28 a.m
Matahari mula menunjukkan 'wajah'nya, saat inilah yang ditunggu2 oleh semua pendaki Bukit Tabur, Kami bernasib baik kerana hanya ade 2 group berada di puncak ketika itu iaitu group SPLASH dan satu lagi group yang terdahulu memulakan pendakian sebelum kami.























31/03/2013 07:40 a.m
Misi tiba dipuncak sebelum matahari terbit sudah terlaksana dan semua berpuas hati dgn pendakian ini. Semua Splasher bergambar di puncak bukit sebelum turun, Kami tidak boleh terlalu lama di puncak bukit kerana terdapat banyak group2 lain yang sedang mendaki ke puncak bukit ini juga



























31/03/2013 08:45 a.m
Setelah hampir sejam lebih dipuncak Bukit Tabur, kami memulakan perjalanan turun drpd puncak ini, ternyata perjalanan turun dr puncak ini sgt rumit sepertimana ketika ingin sampai dipuncaknya, ini kerana curam yang sgt tinggi dan berbatu licin






31/03 2013 09:20 a.m
Alhamdulillah, kami selamat sampai di kaki bukit tabur, Kami bersyukur kerana sepanjang perjalanan dan pendakian ke puncak bukit tabur tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Kepada yang ingin mendaki Bukit Tabur kami nasihatkan agar pergilah secara berkumpulan dan bawalah kelengkapan secukupnya kerana walaupun puncak bukit tabur hanyalah 444.5 meter paras laut tp keadaan curam dan laluan berbatu licin ini sangatlah merbahaya di tambah pula telah berlaku beberapa kejadian maut di kawasan ini. 

* maaf kualiti kamera tidak memuaskan kerana kami hanya guna HP jer..huhu

No comments: