Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Tuesday, September 14, 2010

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

Assalaamu ‘alaikum w.b.t……. Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :

1 – Dialog dengan jin muslim – Muhammad Isa Dawud.

2 – Wikipedia


credit to - ahmad nizam

Harga minyak dan emas melambung naik

Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hhhhhmmm, seperti yang telah dijangka, harga petrol melambung lagi, tetapi kali ini pada kadar yang tertinggi dalam sejarah (kalau tidak silap saya) iaitu dengan kenaikan sebanyak 40%. Setelah tidak berapa lama dulu, harga emas pun melambung naik. Dan selepas ini mungkin akan naik lagi harga emas, kerana harga emas biasanya mengikut kenaikan harga petrol, walaupun harga emas ada turun dan naik.

Pak saudara saya ada seorang yang jadi tukang emas. Menurut beliau, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu harga emas satu amas (kiraan orang2 melayu) atau 2.551 gram hanya dalam seratus ringgit lebih. Tetapi harga terbaru sekarang adalah RM260 lebih. Dan kenaikannya memang mendadak pada akhir-akhir ini juga.

Dan kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.

Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.

Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.

Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.

Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.

.

Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.

Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.

Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak diberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam

credit to - ahmad nizam

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIST dan Illuminati

Salaamun alaikum w.b.t……. Ada yang mengatakan bahawa Hitler itu bagus dan ada sudut tentang dirinya yang amat jarang kita dengar. Maka banyak juga hujjah dan dalil diberikan termasuklah seperti Hitler tidak minum arak, dia pernah bertemu ulamak-ulamak Islam, tentera-tenteranya ada yang Islam, pernah bersumpah dengan nama TUHAN Yang Maha Besar, ada pengaruh AlQuran dalam ucapan Hitler dan macam-macam lagi.

Maka di sini saya ingin menunjukkan sudut yang satu lagi tentang dirinya yang mungkin belum diketahui umum.

Tentang gambar-gambar pertemuan Hitler dengan ulamak Islam, itu adalah lumrah seorang pemimpin negara bertemu dengan pelbagai jenis orang. Ketahuilah bahawa Hitler bukan sahaja pernah berurusan dengan ulamak ISLAM dulu, tetapi juga pemimpin-pemimpin gereja dan sebagainya …….

Kemudian TIDAK DINAFIKAN , ada juga tentera Jerman yang memeluk agama Islam dulu, tetapi tiada BUKTI bahawa Hitler juga memeluk Islam. Agenda NAZI itu sendiri adalah agenda Illuminati dan dibiayai oleh Illuminati.

Maka di sini saya timbulkan beberapa persoalan untuk saudara fikir-fikirkan;

1- Mengapa Israel (Yahudi Zionist) tidak pernah mahu menghentam Jerman, jika benar dulu NAZI pernah menghapus golongan mereka? Sedangkan Zionist hari ini menghentam Palestine semata-mata iaitu rata-ratanya di sana ramai umat Islam.

Sedangkan kita tahu Zionist kuat berdendam. Zionism sebenarnya adalah Sionism. Sion bermaksud “The Sun” / “matahari”. Kerana itu logo kedua-dua Zionis dan Nazi adalah berkaitan dengan matahari. Logo “Star of David” sebenarnya adalah matahari , dan begitu juga logo “Swastika” iaitu simbol kuno kepada matahari.

2 – Ayah kepada Arnold Schwarzenegger iaitu Gustav Schwarzenegger adalah seorang NAZI. Dan mengapa Arnold , iaitu Gabenor California, Amerika Syarikat sekarang ini terlalu memuja HITLER?

3 – Bagaimana antara logo kepada NAZI juga ada mempunyai daun OAK dan juga burung helang, sama seperti burung helang USA dan daun OAK Israel??

.

Logo berkaitan dengan Israel

.

.

Logo CIA

.

.

4 – Ada 3 agenda KETENTERAAN besar yang telah dimanipulasikan oleh Illuminati iaitu Communism, Nazism dan Zionism.

5 – NAZI telah diberikan dana dan sponsor oleh banker-banker dari Amerika iaitu Schiff, Rockefeller, Warburg dll. , sama seperti banker-banker itu sponsor Zionism di Israel.

6 – Kedua-dua negara ini iaitu Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat telah membunuh jutaan manusia. NAZI bukan sahaja membunuh orang-orang Yahudi, tetapi juga orang-orang POLAND, orang-orang Slavic dll.

7 – Dua-dua negara ini iaitu Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat mencetuskan visi globalisasi iaitu untuk menguasai DUNIA. Antara cita-cita Hitler adalah untuk memerintah dunia.

8 – Mengapa ramai saintis NAZI diserap masuk ke dalam NASA??

.

9 – Keturunan Adolf Hitler juga ada kena mengena dengan keturunan Rothschild (salah satu keluarga Illuminati). Dan keturunan Rothschild itu memang berasal dari Jerman dan kemudian berpindah membuka bisnes di Amerika Syarikat.

10 – Hitler sendiri juga ada darah campuran Yahudi. Dan 155,000 askar NAZI adalah berdarah Yahudi juga, termasuklah seribu lebih pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai tertingginya. Tetapi Yahudi yang mana yang mereka bantai habis-habisan itu?

11 – CIA pernah berurusan dengan NAZI.

12 – Hitler dipercayai adalah agen British dan pernah ke England pada 1912 untuk urusan latihan. Antara yang dipelajarinya adalah untuk BRAINWASH manusia dll. Tempat latihannya adalah di British Military Psych-Ops War School , Tavistock , Devon dan di Ireland. Maklumat tentang Hitler ke England ada tercatat dalam buku catatan adik iparnya , “The Memoirs of Bridget Hitler”(1979)

Semasa Perang Dunia Pertama, Hitler hanya menjadi ‘runner’ dalam askar Jerman dan pernah ditangkap 2 kali oleh askar British. Dia telah dikenakan hukuman oleh British Intelligence.

13 – Datuk kepada bekas presiden George Bush juga pernah memberikan bantuan kepada Hitler untuk berkuasa. Berikut adalah petikan dari artikel di guardian.co.uk , “George Bush’s grandfather, the late US senator Prescott Bush, was a director and shareholder of companies that profited from their involvement with the financial backers of Nazi Germany. “

14 – Agensi-agensi berita Jerman sejak zaman Perang Dunia, dipunyai oleh Rothschild. Dengan itu, Illuminati sudah pun mengawal aliran berita dalam Jerman dan keluar sejak waktu itu.

.

Mengapa HOLOCAUST berlaku??

Kerana selepas itu ramai orang-orang YAHUDI lari berpindah dan dibawa ke PALESTINE. Ianya adalah titik permulaan bagi tertubuhnya kerajaan Zionist di ISRAEL. Jelas di situ pembunuhan Yahudi beramai-ramai oleh Hitler itu ada maksud yang tersirat yang berkait rapat dengan agenda Illuminati.

.

Ini antara gambar cara NAZI menyeksa manusia dulu. Bagus ke seksa manusia sampai begitu rupa?

.

Dan banyak sangat lagi karenah-karenah NAZI yang langsung TIDAK ISLAMIK .

Tentang Adolf Hitler di atas, sebaik-baiknya kita berhati-hati. Kerana ada agenda dari pihak barat juga untuk MENUDUH bahawa Islam ini agama yang ganas dan suka berperang. Sememangnya jika Adolf Hitler diberikan hidayah oleh Allah S.w.t, itu TIDAK MUSTAHIL, dan itulah yang dimahukan dan diharapkan.

Tetapi kita tengok sejarah hingga saat-saat terakhir hidup Hitler pun, dia masih berada di dalam NAZI. Kita mesti tahu juga apa itu NAZI? Mengapa NAZI menggunakan lambangSWASTIKA, bukan lambang Islam? Kerana Swastika itu berkaitan dengan penyembah matahari dan dewa-dewi dahulu kala.

Kita tengok NAZI bantai Yahudi yang mana? Illuminati pun ada yang mengaku bahawa mereka keturunan Yahudi tetapi sebaliknya kebanyakan mereka adalah keturunan Namrud dan Firaun, bukannya Yahudi tulen. Adakah semua Yahudi itu JAHAT? Nabi Isa a.s pun Yahudi, adakah dia JAHAT?

.

Mengapa Nabi Muhammad S.a.w masih BERDAKWAH kepada kaum yahudi semasa dia hidup? Jika semua Yahudi itu JAHAT, apa guna nabi berdakwah kepada mereka?? Mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak bunuh sahaja semua Yahudi pada zamannya?

Dan tahukah kita berapa ramai Yahudi yang telah MASUK ISLAM pada zaman nabi??

Dan tahukah kita ada juga YAHUDI yang peluk ISLAM pada masa sekarang?

Tahukah kita BEZA Yahudi Zionis dengan Yahudi Orthodox?

Dan pernahkah kita baca ayat AlQuran ini?

“Dan kami membahagikan mereka (Yahudi) di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang baik dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran.” Surah Al-A’raaf : ayat 168

Wallahu a’lam :)

Logo-logo korporat Illuminati

Logo-logo di atas adalah di antara logo-logo korporat / syarikat-syarikat milik Illuminati. Kali ini mari kita telusuri tentang makna di sebalik setiap logo-logo tersebut. Terkandung dalam logo-logo korporat itu adalah simbol yang mewakili aspek-aspek ritual

credit to - ahmad nizam

Thursday, September 9, 2010

Projek Nyamuk GM: Persoalan Kemanusiaan (Bahagian 2)

oleh Ibnuyaacob

Apabila meneliti semula Projek Nyamuk GM ini, maka didapati beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;

Pertikaian 1 : Lokasi Ujian

  1. Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.
  2. Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana disitulah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?
  3. Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia.

Ujian lapangan yang dilakukan di Australi adalah terbaik kerana dilakukan di dalam Green House yang besar dan mempunyai beberapa individu sukarela yang bersedia digigit oleh nyamuk ujian. Projek tersebut di ketuai oleh Prof. Scott O’Neil dari Universiti Quensland.

Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM

  1. Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?
  2. Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
  3. Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.

Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.

“With GM insects — and in particular GM mosquitoes — we are faced with a number of problems that we have very little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”

“We don’t even know, or have sufficient scientific data on, what the potential harm or negative impacts might be.”

Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.

Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat

  • Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.
  • Jangka masa tarikh tutup yang singkat iaitu 4 September 2010 adalah sangat mustahil bagi para pemerhati dan pembaca membuat sedikit kajian lapangan dalam menilai cadangan IMR.

Pandangan Blog

Bersetuju dengan objektif IMR menghapuskan denggi tetapi sokongan mungkin boleh diberi setelah Biosafety menjawab pertikaian-pertikaian di atas.

ShareThis

Tags: ·

8 RESPONSES SO FAR ↓

  • 1mr_smile // Sep 5, 2010 at 9:25 am

    salam sejahtera saudara,mohon penyebaran artikel.untuk menghapuskan nyamuk sebenarnya kerajaan boleh kekalkan alternatif penggunaan penyemburan asap di sekitar rumah.kempen-kempen yg sedia ada sudah cukup bagi rakyat

    bukan melepaskan nyamuk untuk menambahkan lagi penyakit orang awam.Dan tidak pasti apa jenis mutasi akan datang yang akan meningkatkan lagi populasi nyamuk.Sudah cukup dengan denggi mahu tambah lagi penyakit lain.saya percaya salah satu nyamuk tidak mandul.

    mungkin akan datang lagi penyakit selepas h1n1.
    mereka tak siarkan di akhbar kerana sudah sedia maklum rakyat akan memprotes.konspirasi yang akan berterusan sehingga pihak 1 lagi b’puas hati

    wallahualam

Projek Nyamuk GM : Rakyat Malaysia Jadi Bahan Ujian (Bahagian 1)

oleh Ibnuyaacob

gm23

Baru-baru ini, akhbar utama Iran iaitu Tehran Times telah melaporkan bahawa Malaysia akan menjalankan pre-test bagi menghalang penyakit denggi dari merebak.

Ujian awal ini dilakukan dengan cara melepaskan 2,000 hingga 3,000 nyamuk jantan berstatus GM (Genetically Modified) dengan tujuan dapat mengatasi potensi nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.

(Genetically Modifiedbermaksud sel-sel genetik organisma yang diubahsuai secara saintifik dan tujuan pengubahsuaian adalah mengikut objektif sesuatu penyelidikan)

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nyamuk-nyamuk GM ini dijangka akan dilepaskan pada bulan Oktober atau November 2010 di negeri Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. Namun begitu, cara bagaimana ia dilepaskan dan kawasan khusus tidak dinyatakan.

Menurut kementerian itu lagi, pelepasan ini selaras dengan statistik yang dikeluarkan World Health Organization (WHO) yang menyatakan peratus mangsa jangkitan meningkat setiap tahun dan setakat ini dianggarkan 50 juta orang telah dijangkiti denggi.

Proses Pelepasan Yang Dijangka

Dalam permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadapNational Biosafety Board, disebut bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala fasa ke-2 adalah sebaliknya.

IMR menegaskan bahawa nyamuk jantan GM ini direka khusus agar boleh mati dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan bersifat mandul. Apabila ia mengawan bersama nyamuk Aedes betina maka diharapkan telur-telur akan mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes seterusnya.

Maklumat lanjut boleh dilihat di sini

Penentangan Masyarakat

Walaupun projek nyamuk GM ini telah bermula sejak 2006 di Malaysia, ia masih lagi dipersoalkan oleh sesetengah pihak khususnya Ketua Pengarah Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (CETDEM), Gurmit Singh. Menurutnya;

“Once you release these GM mosquitoes into the environment, you have no control and it can create more problems than solving them,”

“If the larvae come into contact with the tetracycline, the chances of the larvae surviving is higher than it dying off,”

“We don’t know how the genetic flow will be affected. The non-targeted species might be adversely affected and increase the risk of ecological harm.

Pandangan Blog Konspirasi

Kami lebih cenderung untuk menyokong kenyataan Gurmit Singh kerana di dalam permohonan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mereka dengan jelas menyatakan ia suatu ‘field experiment’.

Saintis Nyamuk GM

Sebenarnya kerajaan Malaysia telah mengambil teknologi ini dari penyelidikan saintis-saintis Oxitec yang berpengkalan di UK. Penyelidikan diletakkan terus di bawah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seperkara yang harus diingat ialah Oxitec merupakan institut penyelidikan persendirian yang menerima pembiayaan penuh dari 3 orang Yahudi Elit iaitu Bill Gates, Melinda Gates dan Warren Buffet di bawah Gates Foundation. Manakala Bill & Melinda Foundation juga sentiasa berkerjasama dengan Rockefeller Foundation dalam bidang-bidang tertentu.

Bantahan Dari Rakyat

Walaupun ia suatu projek yang masih diperingkat pra-matang, namun IMR telah meminta pandangan orang ramai untuk diajukan kepada mereka. Tarikh tutup adalah 4 September 2010.

Kami menyarankan kepada semua pembaca-pembaca khususnya penduduk Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka mendesak pihak berwajib (emel atau surat) mengubah kawasan ujian ke kawasan lain. Atau lebih baik kawasan Presint 4, Putrajaya dijadikan ujian.

Walaupun ia sudah agak lewat, tetapi desakan melalui emel yang bertalu-talu kemungkinan besar akan menarik sedikit perhatian dari Biosaftey Board.

Hantar surat atau emel kepada;

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

E-mel: biosafety@nre.gov.my.

No. Faks: 03-88904935.

P/S : Blog ini tidak menentang sebarang usaha kerajaan Malaysia menghapuskan denggi, ia cuma mempersoalkan bagaimana sesuatu usaha itu dilakukan dan apakah jaminan keselamatan jangka panjang untuk kesihatan rakyat.

Pihak admin blog ibnuyaacob.com melalui syarikat MOON MEDIA telah menghantar emel bantahan kepada Biosafety terhadap isu yang dibangkitkan.